Renungan




Monday, March 23, 2009

Al-Fatihah

Assalamualaikum...
Semoga boleh dimanfaatkan Al-Fatihah adalah satu rukun
dalam solat,apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh
itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat
bacaannya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di
dalam solat kita.

Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud didalam
Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati. Nama syaitan;

1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya
DULILLAH

2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HIROB

3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU

4. Iya (disebut tanpa sabdu) sepatutnya Iyya. Iya
bermaksud 'matahari'

5. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAK

6. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAS
Dalam ayat ke 6,jika salah bacaannya akan bermaksud
"kepada mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari
kami meminta pertolongan"!!!!

7) SIROTHOLLAZI............. sehingga habis hendaklah
dibaca tanpa henti.

8) AMIN ...............hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan
betul iaitu AA......dua harakat, MIN .... 3 harakat, semoga Amin
kita bersamaan dengan Amin malaikat ..... Insya-Allah. semoga
kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya.

Perhatian;
Sebarkan hukum Allah walaupun satu ayat semoga kita
mendapat rahmatNya, Insya-Allah.