Renungan




Friday, August 7, 2009

Soal Jawab

Perlu Samak Atau Tidak..Jaket Khinzir

Soalan :
Saya tinggal di luar negara. Satu hari ini, saye tersentuh jaket kulit kawan saye yang rupa rupanya jaket khinzir. Saye dah samak tangan saya, tapi perlukah menyamak baju saya juga kerana baju-baju saye telah tersentuh jaket tersebut juga. Terima kasih ustaz !

Jawapan:

Jika jaket tersebut dan tangan sauadar kering maka tidak wajib dibasuh tangan saudara begitu juga baju2 saudara itu.

Tetapi jika jaket itu atau tangan saudara basah maka wajib dibasuh tangan saudara kerana melekat najis dari jaket tersebut kepada tangan.

Mulanya basuh tangan dengan air tanah yg keruh kemudian bilas dengan air bersih 6 kali.


Gambar Ulamak

Soalan:

Salam ustaz, ape hukum isi gambar kat dinding??

Kalau gambor tok guru?? Gambor kahwin plok guane ustaz??

Jawapan:

Pendapat yang muktamad tidak harus gantung gambar2 bernyawa di dinding2 rumah seperti gambar bersanding atau sebagainya.

Setengah ulamak mengatakan harus gambar2 yang mengingatkan manusia kepada akhirat seperti gambar ulamak dan orang soleh dengan syarat bukan dengan maksud perhiasan. Pendapat ini adalah pendapat yang sedikit dikalangan ulamak.

Gelang..Mufti

Soalan:

Salam ustaz..

Dalam tahun ni, ana ade bace akhbar, yg ade sorang mufti tu cakap, bleh pakai gelang, janji tujuannye utk kesihatan, ape komen ustaz?? Setahu saye, bende yg jelas haram, tetap haram kan??

Jawapan:

w.salam

Mungkin maksud mufti tersebut gelang yang memang bertujuan perubatan yang mana disyaratkan tidak ada niat berhias dan tidaklah bentuknya menyamai gelang perhiasan.

Jika gelang yang ramai orang sekarang memakainya maka hukumnya adalah haram kerana bentuknya adalah jelas sebagai satu perhiasan.

wallahua'lam


Hukum Menggunakan Umpan Katak Dan Anak Ikan

Soalan:

assalamualaikum ustaz..

Untuk pengetahuan ustaz, katak dan anak ikan ini dijual sebagai umpan di kedai. Jadi, apakah hukum menggunakan katak atau anak ikan hidup sebagai umpan untuk memancing ikan?adakah ianya dikira sebagai membunuh haiwan tersebut.

sekian, terima kasih

Jawapan:


Hukum menjadikan umpan katak untuk memancing adalah harus dengan syarat tidak disakitkan katak tersebut semasa dilekatkan kepada mata kali iaitu dengan cara dikitat dengan benang kepada mata kail.

Ini adalah kerana katak termasuk haiwan muhtaram yg haram dibunuh. Dalam masalah jadikan umpan kita tidak dikira membunuh katak kerana ikan yang memakannya dan sememangnya katak adalah makanan ikan.

Begitu juga anak ikan hendaklah tidak dengan cara menyiksanya dengan disakitkan dahulu sebelum dimakan oleh ikan yang besar.

wallahua'lam


Mengubah diri dengan Al-quran

Assalamua'laikum ustaz... bagaimana hendak menjadikan bacaan Al-qurann yang dibacakan oleh kita memberi kesan ke dalam hati...dapat meningkatkan kesabaran,ketakwaan, dan kezuhudan diri. Kerana saya sentiasa membaca Al-quran dan mendalami ilmu tajwid dan sedikit makna yang difahami, tetapi masih rasa tiada perubahan pada diri saya...wallahua'lam. Terima kasih atas jawapan ustaz...

w.salam

Sesiapa yang membaca Quran maka dia dapat pahala qiraah sebagaimana yang disebut dalam beberapa hadith yang soheh. Tetapi membaca saja tidak akan dapat hidup selamat selagi tidak mengamalkan isi kandungannya. Oleh itu amalkan apa2 yang disuruh dan dilarang dalam Quran, barulah terasa ada perubahan dalam diri InsyaAllah.


hukum membaca ayat dalam tandas


assalam, ustaz. saya kerap mendengar kuliah2, ceramah dan menghafaz ayat2 al-quran. masalahnya kerap juga saya terbaca atau pun teringat2 ayat2 dalam hati mahupun terlafaz di mulut dengan tidak sengaja. apakah hukum yang telah berlaku ke atas saya?

w.salam

Apa yang dilarang oleh ulamak didalam kitab2 mereka ialah membaca Quran atau zikir2 didalam tempat yang tidak layak seperti tandas atau seumpamanya. Maksud membaca disini ialah menyebutnya pada lidah. Ada pun membaca didalam hati tidaklah dilarang. Begitu juga tersalah yang bukan disengajakan.

wallahua'lam


Hafaz Al-Quran

assalamua'laikum ustaz... apakah hukumnya menghafaz al-quran semata-mata hendak menyertai pertadingan. Semasa pertadingan, surah yang dihafaz semuanya ingat, tapi selepas pertadingan malangnya surah yang dihafaz sudah lupa sikit-sikit. Dan apkah hukum hafaz surah kemudian lupa? terima kasih atas jawapan ustaz.....

----------------------------------------

w.salam

Sesiapa yang menghafal al-quran semata-mata untuk menyertai pertandingan maka perbuatannya itu adalah dicela pada syarak kerana tujuan menghafal al-Quran adalah untuk mencari keredhaan Allah swt dan mendapat ganjaran yang dijanjikan oleh Allah swt diakhirat nanti.

Niat menyertai pertandingan semata-mata jelas bertujuan mencari kelebihan yang dijanjikan oleh makhluk seperti mendapat hadiah, nama atau pujian atau berniat mendapat elaun menghafal al-Quran yang disediakan oleh kerajaan.

Tidak berdosa seorang yang telah menghafal ayat2 Quran kemudian lupa dengan tidak disegajakannya. Tetapi jika lupa itu dengan disengajakannya seperti sengaja tidak membaca atau mengulang2kannya sampai jadi lupa maka perbuatan tersebut adalah satu dosa sebagaimana yang diterangkan oleh ulamak2 muktabar.

wallahua'lam


Hadis tentang wanita yg memotong badannya sendiri


1) Bolehkah ustaz jelaskan sikit maksud hadis di bawah:

“ Perempuan yg memotong badannya sendiri dgn gunting api neraka, kerana ia memperkenalkan dirinya kpd org lain.”

- Adakah penglibatan ana dlm Friendster termasuk dlm keteg0ri ini? Jika niat ana semata-mata krn Allah iaitu merapatkan ukhuwah dgn sahabat2 ana, cuba menjadi “qudwah hasanah” kpd org lain, mencari dan menyampaikan ilmu, adakah itu juga salah bg seorang muslimah seperti ana?

Yang dimaskudkan oleh hadith tersebut ialah wanita yang mendedahkan aurat untuk tontonan umum atau wanita yang bersolek dan berhias untuk ditunjukkan kepada lelaki yang bukan mahramnya.

Oleh itu janganlah seorang wanita meletakkan gambarnya yang mendedahkan aurat atau berhias cantik didalam internet samada dalam frienster atau lainnya sekalipun dengan niat mencari sahabat atau merapatkan ukhuwwah.

Menyertai frienster tidak semestinya perlu menonjokan kecantikan wajah atau tubuh badan.

Menulis dengan tulisan2 yang baik juga boleh merapatkan ukhuwwah dan mengembangkan tali persahabatan diantara sesama manusia.

wallahua'lam


tulisan Ayat Al-quran

W.salam

Berkata Syeikh Muhammad Al-Hazrimie dalam kitab Taudihul Adhillah diharamkan menulis al-Quran dengan selain bahasa arab dan hendaklah orang2 yang tidak tahu menyebutnya belajar mengenal huruf2 Al-Quran supaya dapat membacanya dengan betul.

Hikmah dilarang menulis Quran dengan selain bahasa arab ialah kerana mengelakkan kekeliruan ketika menyebutnya kerana hanya bahasa arab sahaja yang dapat mengeja bunyi2 al-Quran yang betul dan tepat.

Walau bagaimana pun setengah ulamak mengharuskan ditulis dengan bahasa yang di fahami oleh pelajar akan perkataan2 yang bersal dari ayat2 quran dengan syarat jangan diqasadkan perkataan itu sebagai Quran hanya dengan qasad belajar mengeja sahaja.

Wallahua'lam


org kafir pgang Qur`an


assalamualaikum ustaz..............

bleh x org bkan islam pgang Qur`an dan bace Qur`an?

mreka sntuh dan baca tafsir bleh dok?

Jawapan:

Berkata Imam Nawawi r.a. adalah haram orang Islam membenarkan orang bukan Islam memegang Al-Quran kerana keadaan mereka yang berhadas dan lpula tidak tahu hukum2 berkenaan menghurmati Quran. Oleh itu wajib atas orang Islam merampas Al-Quran dari tangan orang bukan Islam tersebut dan jika tidak di lakukannya pada hal ia berkuasa berbuat demikian maka berdosalah ia.

Firman Allah swt yang bermaksud :

"Tiada menyentuh akan Quran itu kecuali orang yang suci"

Manakala Imam Al-Hakim meriwayatkan Nabi saw bersabda yang bermaksud :

"Tiada menyentuh Quran melainkan orang yang suci."

Dan jika orang bukan Islam itu membaca Quran tanpa pegang maka tidak wajib dihalang melainkan jika dibaca dengan salah atau dibuat main2 dengan bacaannya itu.

wallahua'lam

Rujukan Kitab At-Tibyan Fi Hamalatil Quran


ayat kursi-arti

Soalan:

Dalam ayat kursi, satu ayat bermaksud "kursi Allah meliputi langit dan bumi".Apakah maksud kursi?Boleh ustaz jelaskan?terima kasih

Jawapan:

Perkataan Kursiy dalam ayat tersebut ada berlaku khilaf dikalangan ulamak tafsir pada beberapa maksud.

Pendapat pertama mengatakan Kursiy itu ialah ilmu Allah swt. Ini adalah pendapat imam Ibn kathir kerana mengikut pendapat Ibn Abbas r.a. Inilah pendapat yang paling masyhur.

Pendapat yang kedua mengatakan yang dimaksudkan dengan Kursiy itu ialah kekuasaan Allah swt dan pendapat yang ketiga berkata bahawa yang dimaksudkan dengan kursiy itu ialah satu makhluk yang dicipta oleh Allah swt lain daripada arasy yang berada pada langit yang ketujuh dan lebih besar dari langit dan bumi.

Rujukajn Kitab Tafsir Ibn Kathir dan al-Asas Fi Tafsir Said Hawwa.

wallahua'lam