Renungan




Sunday, October 18, 2009

bapak mati spy anak pompuan kuar ngan bf 1.30am!!


MARINA bersama anak-anak di Kampung Sepakat, Titi Tinggi dekat Padang Besar semalam.

PADANG BESAR - Malang menimpa seorang bapa yang cuba mengekori pergerakan anak gadisnya yang keluar malam bersama teman lelaki apabila dia ditemui mati di Kilometer 12.5 Jalan Kangar- Padang Besar dekat Padang Malau, di sini kelmarin.

Mangsa, Amran Musa, 47, seorang pemborong beras, dikatakan keluar menaiki motosikal selepas menyedari anak gadisnya yang berusia 16 tahun itu menyelinap keluar bersama teman lelaki kira-kira pukul 1.30 pagi.

Sejam kemudian, bapa kepada empat anak itu ditemui mati berdekatan motosikalnya dalam keadaan cedera parah di kepala dan badan dipercayai akibat terbabas.

Menurut isteri mangsa, Marina Hashim, 35, suaminya yang tergesa-gesa keluar untuk mengetahui aktiviti luar anak sulungnya itu menyebabkan dia terlupa memakai cermin mata ketika menunggang motosikal.

bodo pya anak...
pasni harap2 insaf la...
jgn jd lg teruk dh sb line dh clear