Renungan




Sunday, October 18, 2009

**** luar nikah di bumi GEMPA!!!!!

Lelah dengan debu merah dari tapak runtuhan, saya berhenti di sebuah kedai soto di Jalan Veteran untuk menyejukkan tekak.

Ketika itu beberapa pelanggan gerai hangat bercerita kisah gemparpasangan remaja berusia 18 dan 19 tahun yang ditangkap pihak berkuasaketika khusyuk melakukan hubungan **** di sebuah warnet (warungInternet).

Cuping telinga yang cepat menangkap butiran ayatdua lelaki berkenaan cukup terperanjat apabila mendapat tahu ceritapenangkapan dua remaja terbabit malam kelmarin, tersebar meluassehingga menjadi tajuk berita utama koran (akhbar) tempatan.

Lelaki bersongkok pudar itu melahirkan rasa marah kerana mendakwa duaremaja terbabit seolah-olah tidak takut dengan azab Allah sedangkanbencana gempa bumi baru sahaja meranapkan Padang.

Katanya, dikala masyarakat masih dirundung duka, remaja ini pula terus dibuainafsu. Malah, remaja ini seolah-olah memanggil gempa supaya menyerangsemula.

Ternyata, gempa bumi yang berlaku Rabu lalu, cukupmenginsafkan warga Padang yang menganggap ia berpunca daripada dosa danmaksiat dilakukan warga Padang selama ini. - Mohd Jamilul Anbia MdDenin