Renungan




Sunday, October 18, 2009

Siapa Kata Perempuan Lebih Ramai.?

"Alah, perempuan lebih ramai dari lelaki di sekarang ini.
Jumlah perempuan di Malaysia pun dah lebih dari lelaki.
sebab itu perempuan ramai di universiti.
Apa nak hairan........"




Mungkin ini apa yang kebanyakan orang ramai beranggapan.
"Ramai perempuan mendominasi IPT sekarang ini adalah disebabkan jumlah perempuan melebihi lelaki di Malaysia."

Tetapi benarkah perempuan lebih ramai dari lelaki di IPT disebabkan jumlah perempuan di Malaysia yang lebih ramai dari lelaki.?
aku yakin, ramai yang beranggapan sebegitu.


Cuba tanya diri anda sendiri, anda rasa siapa yang lebih ramai, Lelaki atau Perempuan.
Aku percaya rata² akan mengatakan perempuan lebih ramai dengan lelaki sekarang ini.

Oleh itu, aku bawakan bukti yang sebenarnya jumlah lelaki lebih ramai dari perempuan di Malaysia dan seterusnya nyatakan bahawa jumlah perempuan ramai di IPT bukanlah disebabkan jumlah mereka yang melebihi lelaki di Malaysia ini.


Jom, kita tengok kepada statistik rakyat Malaysia.

Kesemua statistik ini adalah daripada Jabatan Perangkaan Malaysia.


Tengok dari paparan berbentuk 'piramid' ini.
Jumlah lelaki dan perempuan ada pada bahagian bawah piramid.
This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 696x614.



Lihat paparan yang lebih jelas antara lelaki dan perempuan, dan mungkin anda juga ingin melihat kaum² lain.
This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 795x415.



Hendak tengok perbandingan antara kawasan bandar dan luar bandar.?
Sama je. Lelaki lebih ramai samada di bandar atau luar bandar
This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 609x481.



Apakah anda berasa pelik apabila melihat kesemua data² yang ditunjukkan di atas.?
Samada anda boleh terima atau tidak hakikat ini, lelaki lebih ramai dari perempuan di Malaysia.

Persoalan awal tadi berbangkit semula.
Kalau la statistik ini betul, mengapa tidak ramai lelaki di IPT.?(atau bidang profesional lain)


Ada sebabnya kenapa lelaki tidak ramai di IPT(atau lain² bidang profesional).
Oleh itu, disini aku tunjukkan satu lagi data yang sungguh menakjubkan.
Dan ini pun korang hendak atau tidak, kena mengakuinya.

(Ini adalah antara sebabnya, dan banyak lagi sebab² lain)
This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 709x297.


------------------

Apa yang anda perlu tahu dari entri ini.

* 1) Jumlah lelaki adalah melebihi jumlah perempuan di Malaysia, tidak kira di bandar atau luar bandar

* 2) Data (lelaki lebih ramai) tidak pernah berubah dari tahu 1980 hingga 2008

* 3) Perempuan melebihi lelaki di IPT bukanlah disebabkan jumlah perempuan di Malaysia

* 4) Lelaki tersangat jauh melebihi perempuan dalam penagihan dadah

* 5) Lelaki jauh melebihi perempuan dalam pelbagai jenayah dan berkaitan KECUALI pelacuran dan seangkatan

* 6) Bukan sahaja di IPT, malah perempuan semakin mendominasi bidang² profesional lain, tetapi ramai lelaki (dan juga perempuan sendiri!) akan mengatakan ia disebabkan perempuan lebih ramai dari lelaki di Malaysia

* 7) Jika sebelum ini anda beranggapan perempuan lebih ramai dari lelaki, maka ubahlah tanggapan anda kepada lelaki lebih ramai berbanding perempuan, dan anda ada buktinya berdasarkan statistik jika ada yang menyangkal dakwaan anda.

--------------------

Sudah, sampai setakat itu dahulu entri kali ini.
Kerana aku berasakan korang sudah faham berdasarkan kepada data² dan juga point² di atas.

Ingat sekali lagi,
Lelaki MELEBIHI Perempuan di Malaysia,
Tetapi Perempuan MELEBIHI Lelaki di IPT.


Amacam.?
Percaya ke belum..
Ada sebarang komen.?...