Renungan




Tuesday, April 3, 2012

CARA MENGERJAKAN SOLAT

1. Menyempurnakan wuduk kemudian mengadap kiblat

Apabila kita ingin mengerjakan solat, hendaklah kita menyempurnakan wuduk terlebih dahulu. Kemudian kita hendaklah mengadap kearah kiblat. Hal ini berdasarkan hadis :

انه صلى الله عليه وسلم قال للذي علمه كيف يصلي : إذا قمت إلى الصلاة فأسبغ الوضوء ثم استقبل القبلة...(Riwayat Bukhari 5897 dan Muslim 525 )

Maksudnya : Rasulullah s.a.w bersabda kepada orang yang diajarnya bersolat, “apabila engkau hendak bersolat berwuduklah dengan sempurna kemudian mengadaplah kearah kiblat

2. Berdiri sekiranya mampu ketika barsolat fardhu

Wajib berdiri bagi mereka yang mampu melakukannya bagi solat fardhu dan tidak sah solat seseorang yang mempu berdiri tetapi tidak melakukannya. Walaubagaimanapun bagi solat sunat, berdiri bagi yang mampu hanyalah sunat tatapi tidak afdhal. Dalil wajib berdiri ialah :

عن عمران بن حصين رضي الله عنه ه قال : كانت بي بواسير فسألت النبي صلى الله عليه وسلم عن صلاة فقال ( صل قائما فإن لم تستطع فقاعدا فإن لم تستطع فعلى جنب(

Maksudnya : daripada Imran bin Husoin r.a katanya, “aku mengidap penyakit buasir, lalu aku bertanya kepada Rasulullah tentang solat”. Baginda bersabda “bersolatlah secara berdiri, jika tidak mampu, lakukanlah secara duduk, dan jika tidak mampu juga lakukalah secara mengiring.

3. Memandang ke tempat sujud

Makruh mengalihkan pandangan ke persekitarannya ketika solat. Sama ada memandang ke kiri atau ke kanan atau memandang ke bawah dan ke atas. Sunat terus menumpukan pandangan ke tempat sujud kecuali ketika tasyahud. Ketika ini hendaklah memandang kepada jari telunjuk yang menjadi isyarat ketika tasyahud. Semua perbuatan ini berdasarkan hadis Nabi s.a.w

4. Niat

Niat ialah mengigati tujuan sesuatu perbuatan ketika mula melakukannya. Tempet niat ialah di dalam hati. Sabda Rasulullah s.a.w :

قول النبي صلى الله عليه وسلم : إنما الأعمال بالنيات.....(Riwayat Bukhari 1)

Maksudnya : sabda Rasulullah s.a.w “sesungguhnya amalan itu adalah dengan niat”….

5. Mengucap takbiratul ihram (تكبيرة الإحرام)

Dalil wajib mengucap takbir ialah Sabda Rasulullah s.a.w :

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : مفتاح الصلاة الطهور وتحريمها التكبير وتحليلها التسليم.(Riwayat al-Tirmizi 3 dan Abu Daud 61)

Maksudnya : Rasulullah s.a.w bersabda “kunci solat ialah suci, ihramnya ialah takbir dan tahallulnya ialah salam”

Takbir mestilah dengan lafaz (الله اكبر)

Syarat sah takbiratul ihram ialah

I. Melafazkan takbir selepas berdiri. Tidak sah takbir semasa bangun untuk bersolat

II. Mengadap kiblat. Hendaklah takbir ketika mengadap kiblat

III. Bertakbir dalam bahasa Araborang yang tidak mampu bertakbir dalam bahasa Arab dan tidak mungkin mempelajarinya pada waktu itu bolehlah menterjemahkan maksudnya dalam apa-apa bahasa yang di kehendakinya. Tetapi dia wajib mempelajarinya jika berkemampuan.

IV. Mendengar semua takbir yang diucapkannya sendiri jika pendengarannya baik.

V. Bertakbir beserta niat.

Cara mengangkat tangan ketika bertakbir :

Rasulullah s.a.w bersabda :

ان النبى صلى الله عليه وسلم كان يرفع يديه خذو منكبيه اذا افتتح الصلاة، واذا كبر للركوع، واذا رفع راسه من الركوع.

Maksudnya : "Sesungguhnya Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam mengangkat kedua tangannya setanding bahunya ketika memulakan solat, setiap kali bertakbir untuk rukuk dan setiap kali bangkit dari rukuk". (Muttafaqun a’laihi)

6. Mambaca doa iftitah selepas takbir

Lafaz doa iftitah adalah berdasarkan hadis berikut :

عن علي بن أبي طالب عن رسول الله صلى الله عليه وسلم أنه كان إذا قام إلى الصلاة قال : وجهت وجهي للذي فطر السماوات والأرض حنيفا وما أنا من المشركين إن صلاتي ونسكي ومحياي ومماتي لله رب العالمين لا شريك له وبذلك أمرت وأنا من المسلمين

Maksudnya : daripada Ali r.a daripada Rasulullah s.a.w, apabila mendirikan solat, baginda membaca doa yang maksudnya : aku menghadapkan mukaku kepada yang menciptakan langit dan bumi dengan tulus ikhlas dan tidaklah aku dari golongan yang menyekutuimu. Sesungguhnya solatku, dan ibadatku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah tuhan seluruh alam. Tiada sekutu baginya dan begitulah aku telah diperintahkan dan aku adalah dari golongan mereka yang berserah kepadamu. (riwayat tirmizi 771)

7. Membaca Istia’zah (استعاذة) selepas doa iftitah. Lazaf tersebut ialah :

اعوز بالله من الشيطان الرجيم

Maksudnya : aku berlindung kepada Allah dari syaitan yang terkutuk

8. Membaca Al-fatihah

Membaca Al-fatihah merupakan rukun pada setiap rakaat soat walau apapun jenis solat tersebut. Hal ini berdasarkan hadis :

أن الرسول الله صلى الله عليه وسلم قال : ( لا صلاة لمن لم يقرأ بفاتحة الكتاب (

Maksudnya : Rasulullah s.a.w bersabda “tidak sah solat orang yang tidak membaca Fatihah” (hadis riwayat Bukhari 723 dan Muslim 394)

Basmalah (بسملة) ialah salah satu daripada ayat daripada al-fatihah. Oleh itu tidak sah jika tidak membacanya bardasarkan hadis berikut :

عن أم سلمة رصي الله عنها أن الرسول الله صلى الله عليه وسلم عد بسم الله الرحمن الرحيم آية

Maksudnya : daripada Ummu Salamah, Nabi s.a.w mengira basmalah sebagai satu ayat.

9. Membaca Al-Quran selepas bacaan Fatihah.

Sunat membaca satu surah Al-quran walaupun pendek atau tiga ayat Al-Quran yang berturutan. Bacaan ini sunat bagi imam dan orang yang bersolat secara bersendirian pada dua rakaat yang pertama sahaja bagi setiap solat. Hal ini berdasarkan hadis :

عن سليمان بن يسار عن أبي هريرة قال : ما صليت وراء أحد أشبه صلاة برسول الله صلى الله عليه وسلم من فلان فصلينا وراء ذلك الإنسان وكان يطيل الأوليين من الظهر ويخفف في الأخريين ويخفف في العصر ويقرأ في المغرب بقصار المفصل ويقرأ في العشاء ب الشمس وضحاها وأشباهها ويقرأ في الصبح بسورتين طويلتين

Maksudnya : daripada sulaiman bin yasar, daripada Abu Hurairah katanya “aku tidak pernah mengikuti solat yang lebih menyerupai solat Rasulullah s.a.w selain daripada solat orang ini. Ketika kami solat dibelakangnya dia memanjangkan dua rakaat yang pertama solat zohor dan menyerdahanakan dua rakaat yang akhirnya. Dia juga menyerdahanakan solat asar manakala solat maghrib pula dia membaca ayat yang pendek. Ketika bersolat Isya’ dia membaca surah Al-Syams dan yang seumpamanya manakala pada solat subuh pula dia membaca dua surah yang panjang” (hadis soheh riwayat Al-Nasa’I 2/167)

10. Ruku’

Sekurang-kurang ruku’ ialah membongkokkan badan sekadar dua tapak tangannya sampai kepada dua lututnya. Ruku’ yang sempurna ialah membongkok sehingga belakangnya sama rata secara mendatar. Dalil bagi ruku’ ialah : Firman Allah s.w.t :

Maksudnya : Wahai orang-orang Yang beriman, rukuklah serta sujudlah (mengerjakan sembahyang), dan Beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkanNya), serta kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu berjaya (di dunia dan di Akhirat).

Sabda Rasulullah s.a.w :

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم لمن علمه الصلاة: ثم اركع حتى تطمئن راكعا

Maksudnya : sabda Rasulullah s.a.w kepada orang yang di ajarnya bersolat “kemudian engkau ruku’lah hinga engkau tetap dalam keadaan itu. (hadis riwayat al-Bukhari 724 dan Muslim 397)

Syarat sah ruku’

I. Membongkokkan badan sekira-kira dua tapak tangan sampai kepada dua lutut sebagaimana yang telah dinyatakan dahulu.

II. Tidak membokokkan badan dengan tujuan yang lain selain daripada ruku’

III. Tetap seketika (الطمأنينة) sekurang-kurangnya membongkok dengan tetap sekadar masa sekali tasbih

Cara ruku’ yang sempurna ialah menyamakan belakang denga tengkuk dalam keadaan rata, lurus dan tidak melengkung. Sementara dua betis di tegakkan dan kedua-duabelah tangan dengan jari yang terbuka memegang lutut sambil membaca tasbih sebanyak tiga kali. Hal ini berdasarkan hadis :

عن حذيفة قال: صليت مع النبي صلى الله عليه وسلم ذات ليلة .... ثم ركع فجعل يقول سبحان ربي العظيم، ثم سجد فقال سبحان ربي الأعلى....

Maksudnya : daripada Huzaifah katanya “pada suatu malam aku bersolat bersama-sama nabi…. Kemudian baginda ruku’ kemudian membaca tasbih yang maksudnya, maha suci tuhanku yang maha agung, kemudian baginda bersujud dan membaca tasbih yang maksudnya, maha suci tuhanku yang maha tinggi.”

11. I’tidal (الإعتدال)

I’tidal ialah berdiri di antara ruku’ dan sujud. Hal ini berdasarkan hadis :

عن عائشة انها وصفت صلاة النبي عليه الصلاة والسلام فقالت : وكان إذا رفع رأسه من الركوع لم يسجد حتى يستوي قائما

Maksudnya : daripada Aishah r.a ketika menceritakan cara solat nabi s.a.w katanya : “apabila mengangkat kepalanya daripada ruku’ baginda tidak sujud sehingga telah berdiri tegak.” (riwayat Muslim 498)

Cara berdiri I’tidal

I. Nabi s.a.w mengangkat kedua tangannya ketika berdiri iktidal dengan cara seperti yang dilakukan pada waktu takbiratui ihram.

II. Nabi s.a.w bangkit dari rukuk sambil mengucapkan :

سمع الله لمن حمده

III. Ketika iktidal beliau berdiri lurus sampai setiap ruas tulang belakang kembali pada tempatnya.” kemudian sambil berdiri beliau mengucapkan:

ربنا لك الحمد

Syarat I’tidal

i. Tidak bertujuan selain daripada I’tidal

ii. Tetap sekitika sekadar sekali tasbih

iii. Tidak berdiri terlalu lama hingga melebihi kadar bacaan Al-Fatihah. Ini kerana I’tidal merupakan rukun yang pendek

12. Sujud

Maksud sujud ialah dahi orang yang bersolat menyentuh terus dengan tempat sujud. Dalil sujud ialah, firman Allah :

Maksudnya : Wahai orang-orang Yang beriman, rukuklah serta sujudlah (mengerjakan sembahyang), dan Beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkanNya), serta kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu berjaya (di dunia dan di Akhirat). (surah al-Hajj ayat 77)

Sabda Rasulullah s.a.w :

ثم اسجد حتى تطمئن ساجدا ثم ارفع حتى تطمئن جالسا ثم اسجد حتى تطمئن ساجدا....

Maksudnya : “kemudian sujudlah hingga tetap dalam keadaan itu, kemudian bangunlah sehingga tetap keadaan dudukmu, kemudian sujudlah lagi sehingga keadaannya tetap.” (riwayat Bukhari 724)

Cara sujud yang sempurna ialah dengan bertakbir ketika turun sujud, meletakkan dua lutut diikuti dua tangan kemudian dahi dan hidung. Dua tangan terletak bertentangan dengan dua bahu sambil jari-jari dilepaskan rapat kearah kiblat. Jarakkan perut daripada dua peha dan dua siku daripada lantai dan dua rusuk sambil bertasbih sebanyak tiga kali(سبحان ربي الأعلى). Hal ini berdasarkan hadis-hadis berikut :

i. Riwayat Bukhari 770, 383,

ii. Riwayat Muslim 292, 494, 495,

iii. Riwayat Abu Daud 734, 735, 886

iv. Riwayat Al-Tirmizi 270, 261

v. Riwayat Al-Baihaqi 2/223

Syarat sujud

i. Menyentuh tempat sujud dengan dahi yang terdedah.

ii. Melakukan sujud dengan tujuh anggota badan. Sabda Nabi s.a.w :

عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : امرت ان اسجد على سبع اعظم : على الجبهة، والانف، والركيتين، والقدمين.

"Dari Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam beliau bersabda: Aku diperintahkan agar sujud di atas tujuh (anggota), dahi, [Rasulullah bersabda: "Tidak sah solat seseorang yang hidungnya tidak menyentuh bumi" dua tangan, dua lutut dan dua kaki". (riwayat Bukhari 779)

iii. Punggung hendaklah lebih tinggi daripada kepala

iv. Tidak sujud di atas pakaian yang dipakai yang bergerak mengikut pergerakannya.

v. Tidak bertujuan selain daripada sujud. Contohnya sujud kerana takutkan sesuatu.

vi. Menekan dahi di tempat sujud sehingga sekiranya kapas yang diletakkan di bawah dahi tertindih dan meninggalkan kesan yang jelas diatasnya

vii. Tetap seketika (الطمأنينة) semasa sujud sekurang-kurangnya sekadar sekali tasbih.

13. Duduk diantara dua sujud

Perkara ini diwajibkan pada setiap rakaat berdasarkan hadis yang lalu :

ثم ارفع حتى تطمئن جالسا....

Maksudnya : “kemudian bangunlah sehingga tetap keadaan dudukmu.”

Cara duduk antara dua sujud.

i. Bertakbir ketika bangkit dari sujud untuk duduk antara dua sujud

ii. Kemudian duduk iftirasy, membentangkan kaki kiri dan duduk di atasnya, menegakkan kaki kanan, meletakkan kedua tangan di atas lutut, hujung tangan ada di atas lutut, tidak menggerakkan jari.”

Lafaz doa ketika duduk antara dua sujud :

الله اغفرلي، وارحمني (واجبرني) (وارفعني) واهدني، (وعافني) وارزقني.

Syarat duduk diantara dua sujud

i. Tujuan duduk karana semata-mata kerana ibadat bukan sebab-sebab sampingan yang lain.

ii. Tidak terlalu lama sehingga melebihi kadar masa sekurang-kurangnya bacaan tasyahud.

iii. Duduk tetap seketika sekurang-kurangnya sekadar sekali tasbih.

14. Duduk istirehat sebelum berdiri

Cara beliau hendak bangkit (bangun) dari sujud ialah duduk seketika (berehat seketika) dan kemudian bangun dengan bertumpu pada kedua tangannya ke tanah untuk melanjutkan ke rakaat seterusnya. Sabda Rasulullah :

يستوي قاعدا على رجله اليسري معتد لا حتى يرجع كل عظم الى موضعه

Maksudnya : "Beliau duduk tegak iaitu duduk di atas telapak kaki kiri dengan tegak sampai ruas tulang punggungnya mapan".

15. Duduk tasyahud awal

Cara duduk tasyahud :

Apabila solat yang dilakukan oleh beliau hanya dua rakaat, seperti solat subuh, beliau duduk iftirasy. Iaitu seperti duduk antara dua sujud. Begitulah cara duduk pada tasyahud (tahiyat) awal ketika solat tiga rakaat atau empat rakaat. Nabi s.a.w bersabda:

فاذا جلست فى وسط الصلاة، فاطمئن وافترش فخذك اليسري، ثم تشهد

Maksudnya : Maka apabila kamu duduk di pertengahan solat, hendaklah kamu tumakninah dan hamparkanlah telapak kaki kirimu, kemudian bacalah tasyahud".(hadis riwayat Abu daud dan Baihaki)

Bacaan tasyahud awal berdasarkan hadis daripada Ibnu Abbas r.a:

عن ابن عباس أنه قال : كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يعلمنا التشهد كما يعلمنا السورة من القرآن فكان يقول التحيات المباركات الصلوات الطيبات لله السلام عليك أيها النبي ورحمة الله وبركاته السلام علينا وعلى عباد الله الصالحين أشهد أن لا إله إلا الله وأشهد أن محمدا رسول الله

Maksudnya : Daripada Ibnu Abbas r.a katanya, Rasulullah s.a.w mengajar kami surah Al-Quran, baginda bersabda “ yang bermaksud, segala penghormatan yang suci, segala puji yang baik hanya bagi Allah, salam sejahtera keatasmu wahai nabi, begitu juga rahmat Allah dan keberkatannya. Salam sejahtera ke atas kami dan semua hamba Allah yang soleh. Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang sebenar-benarnya selain Allah dan aku bersaksi bahawa nabi Muhammad itu pesuruh Allah.”

Perkara yang perlu diberi perhatian ketika membaca tasyahud :

i. Mendengar bacannya sendiri jika pendengarannya baik.

ii. Membaca semua lafaz tasyahud secara berturutan. Jika lafaznya terpisah dengan diam yang lama atau zikir yang lain, maka tasyahudnya batal dan wajib mengulanginya.

iii. Membaca tasyahud ketika duduk kecuali apabila keuzuran, maka bolehlah membacanya dengan apa-apa cara yang termampu.

iv. Membaca tasyahud dalam bahasa Arab. Jika tidak mampu bolehlah baca terjemahannya.

v. Member perhatian kepada makhraj dan huruf syaddah.

vi. Mengikut urutan ayatnya sebagaimana teks yang telah dinyatakan.

16. Duduk tasyahud akhir.

Duduk tasyhud ahkir adalah rukun solat. Tidak sah solat seseorang yang tidak duduk tasyhud akhir. Bacaan tasyahud akhir adalah sama seperti bacaan tasyahud awal.

17. Berselawat ke atas Nabi s.a.w selepas tasyhud akhir.

Hendaklah berselawat ke atas Nabi s.a.w sebelum member salam apabila selesai membaca tasyahud akhir. Hal tersebut berdasarkan firman Allah s.w.t :

Maksudnya : Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi Segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); Wahai orang-orang Yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta Ucapkanlah salam sejahtera Dengan penghormatan Yang sepenuhnya.(surah Al-Ahzab ayat 56)

Para ulama’ telah telah sepakat menyatakan bahawa berselawat tidak wajib diluar solat. Oleh itu ternyatalah perintah berselawat di dalam ayat di atas wajib dilakukan ketika solat.

Sabda Rasulullah s.a.w :

عن ابن مسعود رصي الله عنه في السؤال عن كيفية الصلاة عليه صلى الله عليه وسلم كيف نصلي عليك إذا نحن صلينا عليك في صلاتن؟ فقال : قولوا.....

Maksudnya : daripada Ibnu Mas’ud r.a yang bertanya tentang berselawat keatas Nabi, “bagaimanakah kami berselawat ke atasMu dalam solat kami? Baginda bersabda, ucapkanlah….” (hadis riwat ibnu Huban 515)

Lafaz selawat :

اللهم صل على محمد وعلى آل محمد كما صليت على ابراهيم وعلى آل ابراهيم وبارك على محمد وعلى آل محمد كما باركت على ابراهيم وعلى آل ابراهيم في العالمين إنك حميد مجيد

Syarat berselawat ke atas Nabi :

i. Mendengar bacaan sendiri jika pendengaran baik

ii. Berselawat samada dengan lafaz Muhammad, Rasul, atau Nabi tetapi tidak boleh dengan menyebut lafaz Ahmad.

iii. Berselawat dalam bahasa Arab. Jika tidak mampu maka bolehlah mengikut bahasa masing-masing

iv. Berselawat mengikut urutan lafaznya.

18. Member salam yang pertama dan yang ke dua

Member salam yang pertama adalah wajib yang menjadi rukun dalam solat. Caranya dengan mengucapkan (السلام عليكم ورحمة الله)sambil berpaling ke kanan. Hal ini berdasarkan hadis :

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : مفتاح الصلاة الطهور وتحريمها التكبير وتحليلها التسليم.

Maksudnya : Rasulullah s.a.w bersabda “kunci solat ialah suci, ihramnya ialah takbir dan tahallulnya ialah salam” (Riwayat al-Tirmizi 3 dan Abu Daud 61)

Sekurang-kurang lafaz salam (السلام عليكم) sekali dan sebaik-baiknya ialah (السلام عليكم ورحمة الله) sebanyak dua kali, iaitu pada kali yang pertama sambil berpaling ke kanan dan pada kali yang kedua pula berpaling ke kiri. Hal ini berdasarkan hadis :

عن ابن مسعود رصي الله عنه :أن النبي صلى الله عليه وسلم كان يسلم عن يمينه وعن شماله حتى يرى بياض خده " السلام عليكم ورحمة الله السلام عليكم ورحمة الله "

Maksudnya : daripada Ibnu Mas’ud r.a, Nabi s.a.w mengucapkan (السلام عليكم ورحمة الله) ke kanan dan (السلام عليكم ورحمة الله) ke kiri hingga kelihatan putih pipinya. (Riwayat Abu Daud 996)

19. Melakukan semua rukun mengikut uruta (ترتيب)