Renungan




Wednesday, April 4, 2012

NASIHAT



::..ALASAN YANG PASTI ADA JAWAPAN..::

Di PADANG MAHSYAR nanti,,
BerKUMPULnya Segenap MANUSIA..
Di situlah MAHKAMAH ALLAH YANG MAHA ADIL dijalankan..

MAKA,,
BERMULALAH PELBAGAI ALASAN MANUSIA,,
NAMUN,,
ALLAH MAHA BIJAKSANA...

"Jika di DUNIA ENGKAU INGKAR PERINTAHKU, MAKA
ENGKAU akan diHUMBAN ke NERAKA!!!!!!..

--------------------------------------------------------------------------------------
[ALASAN]
Ya Allah, masa aku hidup dulu aku ini kaya, kalau Engkau tidak bagi aku kaya nescaya aku tidak kufur kepadaMu Ya Allah...

[JAWAPAN]
Kekayaan kamu itu jika hendak dibandingkan dengan kekayaan Nabi Sulaiman tersangatlah jauh bezanya, tetapi kenapa Baginda boleh beribadat kepada Allah sedangkan kamu tidak boleh?

--------------------------------------------------------------------------------------
[ALASAN]
Ya Allah, aku semasa atas dunia selalu sakit-sakit, aku uzur, kenapa Engkau beri aku penyakit? Jika tidak pasti aku akan beribadat kepadaMu...

[JAWAPAN]
Nabi Ayyub itu keperitan penyakitnya lebih berat darimu, kenapa Baginda boleh beribadat sedangkan kamu tidak mampu? Apakah kamu sudah hampir mati ketika itu?

--------------------------------------------------------------------------------------
[ALASAN]
Aku semasa di dunia Engkau berikan aku kekuatan yang hebat, sehingga membuatkan aku angkuh dan bongkak..sekiranya Engkau tidak memberikan aku kelebihan sedemikian pasti aku sentiasa sujud kepadaMu...

[JAWAPAN]
Mampukah kekuatan kamu menandingi Nabi Musa? Sedangkan kekuatan Baginda berkali ganda melebihi kamu, kenapa Nabi Musa mampu tunjuk kepada Allah?

--------------------------------------------------------------------------------------
[ALASAN]
Semasa didunia wajah aku ini adalah wajah terkacak, ia menyebabkan ramai wanita menggoda aku, jika aku tidak ada wajah kacak nescaya aku tidak akan tergoda dan terjebak dalam kancah kemaksiatan..

[JAWAPAN]
Apakah kamu lupa tentang Nabi Yusuf, manusia terkacak paras rupanya dalam seluruh kehidupan manusia...Kenapa Baginda boleh beribadat kepada Allah? Apakah yang menghalangi kamu?

--------------------------------------------------------------------------------------
[ALASAN]
Ya Allah, aku ini terlalu miskin, Nak beribadat pun susah semasa di dunia dulu... selalu sahaja mencari rezeki untuk meneruskan hidup..

[JAWAPAN]
Apakah kamu lupa kepada Penghulumu Nabi Muhammad SAW? Apakah Baginda seorang yang kaya raya? Apakah harta yang ditinggalkan kepada anak-anaknya setelah Baginda wafat?

--------------------------------------------------------------------------------------

Walau Bagaimana pun ALASAN kita di AKHIRAT kelak,,
Pasti ada JAWAPAN dari ALLAH,,
Kerana Allah itu Maha BIJAKSANA...

Wallahualam...

Moga menjadi pengajaran kepada semua..."-)