Renungan




Tuesday, April 3, 2012

SUNAT AB'ATH SEMASA SOLAT

Sunat Ab’ath semasa solat

Perkara sunat yang sangat dituntut untuk melakukannya ketika bersolat. Jika kita terlupa melakukannya, kita disunatkan untuk sujud sahwi sebagai menampung kekurangan tersebut. Perkara sunat tersebut ialah :

i. Tasyahud Awal

ii. Berselawat keatas nabi selepas tasyhud awal

iii. Duduk bagi tasyahud awal

iv. Berselawat keatas keluarga nabi selepas tasyahud awal

v. Membaca qunut

Membaca qunut adalah semasa I’tidal dalam rakaat yang ke dua ketika solat subuh dan dalam rakaat yang terakhir ketika bersolat witir pada separuh yang kedua bulan Ramadhan. Begitu juga dalam rakaat yang terakhir pada mana-mana solat bagi qunut nazilah. Hal ini berdasarkan hadis yang banyak antaranya :

i. Riwayat Bukhari 956

ii. Riwayat Muslim 677

iii. Riwayat Abu Daud 1425, 1428

iv. Riwayat Al-Tirmizi 464 dan banyak lagi